1 00:00:11,678 --> 00:00:15,182 DIHOSKAN OLEH DAVID ATTENBOROUGH 2 00:00:16,517 --> 00:00:21,563 Antara haiwan paling mengagumkan yang pernah wujud, 3 00:00:22,105 --> 00:00:26,318 dan yang paling terkenal, tentulah dinosaur. 4 00:00:27,361 --> 00:00:29,613 Tyrannosaurus rex. 5 00:00:30,656 --> 00:00:35,202 Haiwan yang dapat mencetuskan imaginasi kita. 6 00:00:35,285 --> 00:00:38,247 Ia haiwan jenis apa? 7 00:00:38,330 --> 00:00:41,542 Bagaimana rupanya? Bagaimana ia hidup? 8 00:00:41,625 --> 00:00:45,587 Kini, kajian saintifik menjawab semua persoalan itu. 9 00:00:45,671 --> 00:00:47,923 Bukan tentang T. rex saja, 10 00:00:48,006 --> 00:00:51,343 malah spesies lain yang turut hidup bersamanya. 11 00:00:51,426 --> 00:00:58,016 Teknologi pengimejan terkini membolehkan kami mencipta semula haiwan ini. 12 00:01:01,436 --> 00:01:05,440 Bumi, 66 juta tahun lalu. 13 00:01:13,949 --> 00:01:17,494 Langit dipenuhi dinosaur berterbangan. 14 00:01:20,038 --> 00:01:24,084 Dalam laut, reptilia gergasi mengawasi dasar. 15 00:01:26,128 --> 00:01:29,256 Di darat pula, setiap jenis dinosaur 16 00:01:30,465 --> 00:01:33,218 bergelut untuk meneruskan hidup. 17 00:01:39,391 --> 00:01:45,689 Kini, kita tahu banyak perkara tentang dunia yang dikuasai dinosaur. 18 00:01:49,651 --> 00:01:52,196 Inilah kisah tentangnya. 19 00:02:04,374 --> 00:02:09,922 Dunia Ais 20 00:02:13,509 --> 00:02:15,719 Kehidupan amat mencabar 21 00:02:15,802 --> 00:02:19,765 di hujung utara dan selatan Bumi. 22 00:02:22,476 --> 00:02:27,898 Namun, dinosaur telah dapat menguasai kedua-dua kutub ini. 23 00:02:30,442 --> 00:02:35,322 Di hujung utara Amerika, pemburu kecil ini, seekor dromaeosaur, 24 00:02:35,405 --> 00:02:39,826 dapat hidup dalam suasana hampir gelap selama tiga bulan. 25 00:02:41,453 --> 00:02:44,790 Akhirnya kini, musim bunga tiba. 26 00:02:53,090 --> 00:02:55,342 Ia memiliki bulu, 27 00:02:55,425 --> 00:02:58,011 jadi ia boleh menjanakan haba dalam badannya 28 00:02:58,095 --> 00:03:00,097 dan mengekalkan haba itu sebanyak mungkin. 29 00:03:01,932 --> 00:03:06,270 Itulah cabaran bagi setiap dinosaur yang tinggal di kawasan sejuk. 30 00:03:10,148 --> 00:03:12,943 Ia bergerak pantas meredah salji 31 00:03:13,026 --> 00:03:17,364 sambil memeriksa tempat ia pernah menemui makanan sebelum ini. 32 00:03:21,159 --> 00:03:26,790 Di dunia ais, peluang kecil pun takkan dibiarkan. 33 00:03:35,632 --> 00:03:38,635 Jika mahu berjaya, seperti biasa, 34 00:03:38,719 --> 00:03:44,016 ia perlukan pemasaan yang tepat. 35 00:03:50,814 --> 00:03:52,983 Walaupun ketika zaman ini dalam sejarah Bumi, 36 00:03:53,066 --> 00:03:55,903 bahagian kutub adalah agak hangat, 37 00:03:56,486 --> 00:04:02,910 tanah-tanah ini berdepan perubahan musim yang ekstrem. 38 00:04:06,747 --> 00:04:10,417 Apabila matahari terbit buat kali pertama sejak hampir tiga bulan, 39 00:04:12,586 --> 00:04:16,507 setiap haiwan perlu bersedia untuk merebut peluang waktu siang 40 00:04:17,216 --> 00:04:19,343 dan cuaca hangat yang mendatang. 41 00:04:24,681 --> 00:04:27,017 Anak dromaeosaur ini perlu bekerjasama 42 00:04:28,101 --> 00:04:30,896 jika mahu memburu mangsa besar. 43 00:04:35,734 --> 00:04:38,278 Peluang pertama musim ini telah tiba. 44 00:04:40,280 --> 00:04:42,824 Kawanan hadrosaur. 45 00:04:45,619 --> 00:04:49,331 Setiap tahun, dinosaur berparuh ini akan melalui kawasan ini. 46 00:04:51,834 --> 00:04:56,046 Nomad yang mencari tumbuhan segar yang dibawa musim bunga. 47 00:05:06,557 --> 00:05:08,058 Saiznya besar. 48 00:05:08,141 --> 00:05:12,479 Dromaeosaur akan dapat menewaskannya jika ia bekerjasama. 49 00:05:19,069 --> 00:05:22,948 Di depan ada sungai yang kawanan itu perlu redahi. 50 00:05:37,171 --> 00:05:40,757 Dromaeosaur pula tahu tentu ada yang takkan terselamat. 51 00:05:59,109 --> 00:06:04,865 Musim sejuk semakin berakhir, maka ais yang mencair mula mengalir deras. 52 00:06:08,577 --> 00:06:12,915 Kawanan hadrosaur perlu meredah air yang dalam dan deras ini. 53 00:06:15,959 --> 00:06:18,795 Si ketua cuba memilih kawasan yang paling selamat. 54 00:06:27,137 --> 00:06:29,598 Ahli lain mengikut dengan berhati-hati. 55 00:06:31,850 --> 00:06:34,728 Anak-anak mengekor rapat ibu bapanya. 56 00:06:35,979 --> 00:06:39,066 Jika tersilap langkah, ia boleh terbunuh. 57 00:06:41,985 --> 00:06:45,906 Hadrosaur dewasa menunggu giliran dan semakin berdebar. 58 00:06:46,698 --> 00:06:49,952 Kesesakan ini memberi peluang kepada dromaeosaur. 59 00:07:03,632 --> 00:07:05,801 Dromaeosaur menyasarkan anak-anak hadrosaur. 60 00:07:18,480 --> 00:07:20,983 Panik mula tersebar dalam kalangan kawanan itu. 61 00:07:27,948 --> 00:07:32,244 Percubaan meredah yang teratur, bertukar menjadi kekalutan. 62 00:07:37,583 --> 00:07:40,210 Ibu bapa dan anak terpisah. 63 00:08:19,249 --> 00:08:20,876 Ia bernasib baik. 64 00:08:26,298 --> 00:08:30,802 Kawanan hadrosaur berkumpul semula dan meneruskan perjalanan. 65 00:08:34,556 --> 00:08:38,018 Nampaknya, dromaeosaur terlepas peluang… 66 00:08:40,354 --> 00:08:43,232 tapi ia bernasib baik atas "bantuan" sungai. 67 00:08:45,567 --> 00:08:47,569 Mangsa akan sentiasa ada. 68 00:08:49,238 --> 00:08:54,284 Makan besar. Makanan yang lebih banyak berbanding semasa musim sejuk. 69 00:09:02,918 --> 00:09:07,089 Di dunia ais, rezeki bermusim tidak berpanjangan. 70 00:09:07,589 --> 00:09:11,343 Musim bunga cuma sekejap, dan musim panas pula akan berakhir. 71 00:09:13,595 --> 00:09:17,933 Banyak perkara perlu dibuat sebelum musim sejuk kembali. 72 00:09:24,648 --> 00:09:29,027 Di hilir, sungai semakin melebar dan mengalir perlahan, 73 00:09:29,111 --> 00:09:32,531 jadi, ia mula menitiskan keladak 74 00:09:32,614 --> 00:09:35,367 dan mewujudkan jaringan pulau. 75 00:09:39,454 --> 00:09:42,207 Ada haiwan yang telah pun mengambil peluang ini 76 00:09:42,291 --> 00:09:45,210 untuk berkumpul bagi ritual musim bunga. 77 00:09:49,381 --> 00:09:52,843 Akhirnya, musim bunga benar-benar tiba. 78 00:09:59,057 --> 00:10:02,728 Berdozen-dozen Ornithomimus jantan sedang bersiap sedia 79 00:10:02,811 --> 00:10:05,355 untuk detik paling penting dalam hidupnya. 80 00:10:08,108 --> 00:10:13,447 Dinosaur mirip burung unta yang pelik ini berlindung di pulau ini 81 00:10:13,530 --> 00:10:19,244 untuk menggali kawah sempit, tahap pertama untuk membuat sarang. 82 00:10:23,582 --> 00:10:25,083 Setelah Ornithomimus betina tiba, 83 00:10:25,167 --> 00:10:29,421 ia akan memilih untuk mengawan dengan si jantan yang ada sarang tercantik. 84 00:10:40,307 --> 00:10:44,811 Yang lambat sudah tiada tempat untuk bina sarang. 85 00:10:53,570 --> 00:10:56,782 Satu-satunya ruang yang ada adalah di tebing pulau. 86 00:10:59,535 --> 00:11:02,955 Mencari tempat bersarang hanyalah permulaan. 87 00:11:08,293 --> 00:11:10,420 Setelah bertelur, 88 00:11:10,504 --> 00:11:13,924 ia perlu dilindungi dalam hamparan tumbuh-tumbuhan. 89 00:11:25,519 --> 00:11:29,231 Bukan mudah mencari bahan untuk membina sarang… 90 00:11:32,484 --> 00:11:36,655 dan sebab itulah sesetengah Ornithomimus akan mencuri. 91 00:11:51,795 --> 00:11:54,381 Satu kelebihan datang lambat 92 00:11:54,464 --> 00:11:57,342 ialah jiran sekeliling telah pun selesaikan bahagian paling sukar. 93 00:12:26,538 --> 00:12:30,667 Sarang yang tak dijaga amat menarik perhatian. 94 00:12:34,171 --> 00:12:37,633 Bagi koloni sebegini, kegiatan mencuri biasa berlaku 95 00:12:38,133 --> 00:12:41,637 sehinggakan kadangkala, beberapa bahan membuat sarang 96 00:12:41,720 --> 00:12:44,973 boleh ditemui di hampir setiap sarang di pulau itu. 97 00:12:46,475 --> 00:12:48,352 Tapi, mencuri amat berisiko. 98 00:12:53,106 --> 00:12:54,191 Tertangkap. 99 00:13:01,740 --> 00:13:04,451 Dua ekor hadrosaur merayau berdekatan. 100 00:13:07,871 --> 00:13:10,415 Ia akan makan dahan berdaun. 101 00:13:12,459 --> 00:13:15,671 Jadi, ia perlu jaga sarangnya. 102 00:13:22,886 --> 00:13:27,182 Kemahiran membina sarang mengambil masa beberapa tahun untuk dikuasai. 103 00:13:29,393 --> 00:13:33,438 Tapi kejayaan bukan bergantung kepada pengalaman saja. 104 00:13:39,152 --> 00:13:43,365 Dalam koloni yang padat, sering kali terdapat mangsa. 105 00:13:54,293 --> 00:13:58,672 Bagi Ornithomimus, pulau sungai ini ialah tempat untuk melindungi 106 00:13:58,755 --> 00:14:02,092 telur dan si anak yang bakal menetas. 107 00:14:07,764 --> 00:14:13,061 Jauh di utara, suhu lebih rendah dan keadaan lebih mencabar. 108 00:14:14,271 --> 00:14:18,442 Namun, di situlah destinasi sekawan hadrosaur ini 109 00:14:19,026 --> 00:14:21,904 yang mahu merebut peluang yang ada di satu kawasan tertentu. 110 00:14:22,738 --> 00:14:25,240 Kawasan yang memiliki sesuatu yang istimewa. 111 00:14:30,996 --> 00:14:35,334 Leher panjang dinosaur ini kelihatan mengagumkan 112 00:14:35,417 --> 00:14:36,710 dan ia dinamakan bersempena ciri itu. 113 00:14:39,338 --> 00:14:42,257 Olorotitan, "Angsa Gergasi." 114 00:14:44,092 --> 00:14:48,388 Seruan itu menjadi semakin kuat disebabkan "jambul" yang berongga. 115 00:15:03,028 --> 00:15:07,449 Kawanan ini menuju ke kawasan gunung berapi terbesar di dunia. 116 00:15:17,251 --> 00:15:20,128 Kawasan yang berbahaya dan mencabar. 117 00:15:32,975 --> 00:15:37,354 Tapi setiap tahun, Olorotitans kembali ke situ… 118 00:15:39,565 --> 00:15:44,653 kerana gunung berapi memastikan tanah panas. 119 00:15:53,579 --> 00:15:55,956 Jadi, di sinilah kawanan ini bersarang. 120 00:16:26,486 --> 00:16:32,159 Pasir gunung berapi yang hangat berfungsi sebagai alat pengeram telur. 121 00:16:35,829 --> 00:16:41,502 Beberapa minggu selepas kedatangan kawanan tadi, telur pun menetas. 122 00:16:56,767 --> 00:17:00,062 Hadrosaur menjaga anak-anaknya dengan kasih sayang. 123 00:17:05,192 --> 00:17:08,362 Ia bawakan sesuap tumbuhan untuk anak-anaknya makan. 124 00:17:13,700 --> 00:17:17,079 Setiap sarang mungkin mempunyai lebih 20 ekor anak hadrosaur. 125 00:17:30,342 --> 00:17:35,222 Si anak menetas pada musim panas yang sekejap tapi menyuburkan. 126 00:17:37,099 --> 00:17:40,602 Cahaya matahari yang sentiasa menyinari selama berminggu-minggu 127 00:17:41,603 --> 00:17:44,356 membuatkan buluh air tumbuh cepat 128 00:17:44,439 --> 00:17:48,068 dan dalam kuantiti mencukupi untuk seluruh kawanan. 129 00:17:50,237 --> 00:17:55,117 Tumbuhan ini mengandungi lebih banyak khasiat daripada rumput. 130 00:18:00,038 --> 00:18:04,459 Semasa musim panas yang panjang, anak hadrosaur cepat membesar. 131 00:18:05,043 --> 00:18:09,047 Ia boleh mencecah separuh saiz dewasa dalam tahun pertama. 132 00:18:11,133 --> 00:18:13,844 Buat masa ini, tanah gunung berapi ini 133 00:18:13,927 --> 00:18:16,889 ialah tempat paling subur di Bumi. 134 00:18:19,850 --> 00:18:21,393 Di darat… 135 00:18:23,520 --> 00:18:26,523 serta di dalam air. 136 00:18:28,567 --> 00:18:33,488 Tapi kesuburan itu membawa masalah kepada hadrosaur. 137 00:18:35,532 --> 00:18:39,995 Kolam hangat dan cetek ialah tempat yang sesuai 138 00:18:40,078 --> 00:18:42,331 untuk pembiakan nyamuk. 139 00:18:48,086 --> 00:18:53,008 Setiap tahun, syurga ini berubah menjadi neraka. 140 00:18:56,386 --> 00:18:59,723 Mengejutkan, kulit hadrosaur sangat nipis, 141 00:18:59,806 --> 00:19:03,769 jadi, ia tak dapat melindungi dirinya daripada gigitan nyamuk. 142 00:19:10,609 --> 00:19:12,945 Gigitan yang menggatalkan menyukarkannya untuk makan 143 00:19:13,028 --> 00:19:15,531 lalu menjadikannya semakin lemah. 144 00:19:17,074 --> 00:19:21,703 Si anak boleh kehilangan banyak darah. 145 00:19:27,709 --> 00:19:32,047 Lama-kelamaan, kawanan ini terpaksa melarikan diri daripada digigit. 146 00:19:37,344 --> 00:19:40,889 Jika si anak tak dapat kejar, si ibu akan tinggalkannya. 147 00:20:02,536 --> 00:20:07,499 Semakin tinggi tempat yang dituju, angin kencang terasa amat melegakan. 148 00:20:09,585 --> 00:20:13,005 Tapi hanya untuk yang dapat berjalan sejauh itu. 149 00:20:26,059 --> 00:20:32,274 Antara beratus anak hadrosaur yang lahir, 1/10 saja dapat hidup pada tahun pertama. 150 00:20:34,735 --> 00:20:38,947 Anak yang terselamat miliki peluang cerah untuk menjadi dewasa. 151 00:21:10,145 --> 00:21:12,898 Dengan membina sarang di lembah gunung berapi, 152 00:21:12,981 --> 00:21:17,486 ibu bapa hadrosaur memberikan anaknya kelebihan untuk mencapai alam dewasa. 153 00:21:22,533 --> 00:21:27,204 Walaupun musim panas yang sekejap dan hangat adalah menyuburkan, 154 00:21:27,788 --> 00:21:30,123 ia juga membawa kesukaran. 155 00:21:33,418 --> 00:21:37,714 Udara panas tersejat dan menjadi tenaga elektrik. 156 00:21:39,800 --> 00:21:44,012 Lalu, ribut kencang akan kerap melanda. 157 00:21:54,231 --> 00:21:55,899 Di utara Amerika, 158 00:21:55,983 --> 00:21:59,570 tumbuhan yang subur disebabkan sinaran cahaya matahari tanpa henti 159 00:21:59,653 --> 00:22:02,364 kini hangus terbakar. 160 00:22:10,706 --> 00:22:13,584 Kebanyakan haiwan melarikan diri daripada kebakaran ini. 161 00:22:15,002 --> 00:22:18,380 Tapi bagi sesetengah haiwan, bencana ini mewujudkan peluang. 162 00:22:23,802 --> 00:22:27,472 Dinosaur sepanjang 183 sentimeter ini, sejenis troodontid, 163 00:22:27,556 --> 00:22:30,726 antara golongan paling kecil dalam kumpulan theropod. 164 00:22:42,946 --> 00:22:47,868 Penglihatannya tajam kerana mata yang besar, walaupun dalam asap tebal. 165 00:22:49,369 --> 00:22:53,457 Walaupun kecil, ia memiliki otak terbesar di Bumi. 166 00:22:58,921 --> 00:23:05,010 Ia merupakan pemburu paling bijak, pandai sesuaikan diri dan mahir di Artik. 167 00:23:15,896 --> 00:23:17,689 Semasa pinggir kebakaran, 168 00:23:17,773 --> 00:23:22,486 troodontid berkumpul untuk memburu haiwan yang cuba melarikan diri. 169 00:23:31,411 --> 00:23:35,374 Apa saja yang memarakkan lagi kebakaran mewujudkan lebih banyak peluang 170 00:23:35,457 --> 00:23:38,585 buat pemburu Artik paling hebat pada zaman itu. 171 00:24:10,200 --> 00:24:11,243 Berjaya. 172 00:24:26,758 --> 00:24:28,677 Musim panas yang sekejap sudah berakhir, 173 00:24:28,760 --> 00:24:34,057 hutan yang terselamat daripada kebakaran, mula bertukar warna. 174 00:24:40,355 --> 00:24:45,319 Ini kali terakhir musim luruh mengeluarkan buahnya sebelum musim sejuk melanda. 175 00:24:54,453 --> 00:24:58,916 Di Antartika, ais mula memaut di pergunungan tertinggi 176 00:24:58,999 --> 00:25:00,834 walaupun pada musim panas. 177 00:25:03,212 --> 00:25:09,301 Tapi kini, dengan suhu yang semakin rendah dan waktu siang yang pendek, 178 00:25:09,843 --> 00:25:13,847 musim sejuk di kutub menyelebungi kawasan ini sekali lagi. 179 00:25:32,366 --> 00:25:35,577 Haiwan perlu bersedia menyambut kedatangannya. 180 00:25:47,798 --> 00:25:52,427 Hemisfera selatan memiliki spesies dinosaurnya tersendiri. 181 00:26:00,102 --> 00:26:06,149 Ini ialah anak Antarctopelta, dinosaur kecil yang memakan tumbuhan. 182 00:26:09,945 --> 00:26:14,157 Ia juga antara haiwan paling banyak perisai di dunia. 183 00:26:22,040 --> 00:26:25,043 Namun begitu, anak Antarctopelta lebih selamat jika sentiasa bersama. 184 00:26:33,218 --> 00:26:34,678 Jauh di selatan, 185 00:26:34,761 --> 00:26:39,266 tumbuhan yang menjadi makanannya sudah berbulan-bulan tidak tumbuh. 186 00:27:04,541 --> 00:27:09,713 Memandangkan musim sejuk semakin hampir, anak Antarctopelta lebih banyak berehat. 187 00:27:19,806 --> 00:27:24,394 Ia berteduh bersama-sama bagi mengekalkan haba dan tenaga. 188 00:27:27,356 --> 00:27:32,236 Kaki depan yang kuat membolehkannya meluaskan lagi tempat berhibernasi. 189 00:27:41,119 --> 00:27:44,581 Tapi setiap kali ia kembali, saiznya semakin besar. 190 00:27:48,126 --> 00:27:51,547 Sarangnya terasa agak kecil 191 00:27:52,840 --> 00:27:58,220 dan hubungan adik-beradik mula terjejas. 192 00:28:15,362 --> 00:28:19,533 Bagi setiap haiwan yang semakin dewasa, masa ini amat sukar. 193 00:28:24,538 --> 00:28:27,416 Inilah masa ia perlu berpecah 194 00:28:27,499 --> 00:28:33,338 dan mengambil langkah pertama mencari kawasan sendiri. 195 00:28:50,105 --> 00:28:54,401 Sekali lagi, kawanan hadrosaur memulakan perjalanan. 196 00:28:58,071 --> 00:29:01,867 Tanpa makanan, haiwan herbivor besar ini kembali 197 00:29:01,950 --> 00:29:05,162 untuk mencari makanan di kawasan lebih panas… 198 00:29:13,670 --> 00:29:18,383 dan meninggalkan yang lain untuk berdepan musim sejuk yang mencabar. 199 00:29:32,481 --> 00:29:34,316 Usaha mencari kawasan yang sesuai 200 00:29:34,399 --> 00:29:38,195 boleh membawa haiwan jauh meninggalkan habitat asalnya. 201 00:29:39,988 --> 00:29:43,492 Tak banyak yang terselamat dalam pencarian ini. 202 00:29:55,379 --> 00:29:59,424 Kawasan yang bagus memerlukan tempat berteduh. 203 00:30:02,010 --> 00:30:03,762 Mungkin, sebuah gua. 204 00:30:11,854 --> 00:30:14,273 Walaupun pada musim sejuk, 205 00:30:14,356 --> 00:30:17,818 suhu dalam kebanyakan gua tidak begitu berubah. 206 00:30:21,655 --> 00:30:25,409 Tapi, ia bukan hadrosaur pertama yang tertarik dengan gua ini. 207 00:30:30,372 --> 00:30:33,083 Gua ini bersinar. 208 00:30:46,763 --> 00:30:51,476 Ini ialah larva agas kulat 209 00:30:51,560 --> 00:30:55,355 yang menghasilkan cahaya untuk menarik mangsa serangga. 210 00:31:09,536 --> 00:31:11,455 Tempat ini sesuai 211 00:31:11,538 --> 00:31:16,043 untuk seekor Antarctopelta berlindung daripada cuaca musim sejuk. 212 00:31:18,003 --> 00:31:22,883 Ia akan selamat di sebalik "bintang" hidup yang aneh ini… 213 00:31:24,551 --> 00:31:29,097 sementara di luar, salji mula turun. 214 00:31:39,024 --> 00:31:43,695 Pada musim sejuk, kawasan hujung utara Artik boleh beku 215 00:31:43,779 --> 00:31:47,199 dan mewujudkan landskap bersalji yang indah. 216 00:31:50,327 --> 00:31:54,831 Bukan semua dinosaur memilih untuk beredar atau mencari tempat berteduh. 217 00:31:56,291 --> 00:31:59,503 Dinosaur paling besar miliki kekuatan untuk bertahan. 218 00:32:03,173 --> 00:32:05,384 Pachyrhinosaur. 219 00:32:06,552 --> 00:32:11,390 Herbivor seberat 2,000 kilogram dengan kepala berperisai yang luar biasa. 220 00:32:12,724 --> 00:32:15,060 Ia mencari tempat berlindung di hutan, 221 00:32:15,143 --> 00:32:18,105 mencabut setiap daun daripada pokok dorman 222 00:32:18,188 --> 00:32:20,899 dan menggali paku pakis untuk mendapatkan buah yang gugur. 223 00:32:25,404 --> 00:32:27,155 Rutin musim luruh sudah berakhir, 224 00:32:29,283 --> 00:32:34,663 tapi jantan yang kurang dominan masih mencuba untuk menjadi ketua. 225 00:32:36,582 --> 00:32:38,876 Tapi ia terlupa siapa ketua sebenar. 226 00:32:46,216 --> 00:32:50,220 Dinosaur tua ini ialah musuh yang digeruni 227 00:32:50,304 --> 00:32:52,639 dan tak banyak haiwan berani mencabarnya. 228 00:33:01,565 --> 00:33:05,861 Dinosaur jantan yang bertarung, takkan dapat makan atau berehat. 229 00:33:07,070 --> 00:33:11,617 Memandangkan kekurangan makanan, suka mahu bina semula kekuatan, 230 00:33:11,700 --> 00:33:14,077 dan kecederaan akan ambil masa lama untuk sembuh. 231 00:33:17,706 --> 00:33:19,333 Lebih memburukkan keadaan… 232 00:33:21,960 --> 00:33:27,382 pemburu paling kuat di Artik sentiasa memerhati. 233 00:33:39,561 --> 00:33:41,605 Nanuqsaurus. 234 00:33:45,234 --> 00:33:47,861 Spesies T. rex yang lebih kecil, 235 00:33:47,945 --> 00:33:51,949 tapi masih cukup besar untuk membunuh seekor pachyrhinosaur. 236 00:34:01,834 --> 00:34:05,712 Bagi musuh-musuh purba ini, dalam keadaan sebegini, 237 00:34:05,796 --> 00:34:11,760 pertempuran akan diselesaikan bukan dengan kejutan, tapi strategi. 238 00:34:26,775 --> 00:34:30,821 Di antara pokok, agak sukar buat kawanan ini berkumpul. 239 00:34:32,197 --> 00:34:34,867 Ia akan cenderung untuk berpecah. 240 00:34:38,996 --> 00:34:45,918 Kawanan yang cemas melarikan diri ke kawasan terbuka. 241 00:34:48,922 --> 00:34:51,049 Nanuqsaur mengekori. 242 00:35:13,947 --> 00:35:18,827 Di kawasan terbuka, kawanan ini boleh bersatu 243 00:35:18,911 --> 00:35:24,333 dan membentuk benteng yang utuh dengan kepala berperisai dan kekuatannya. 244 00:35:40,432 --> 00:35:42,643 Ribut salji semakin kencang. 245 00:35:47,147 --> 00:35:48,982 Pertempuran yang amat sukar. 246 00:35:51,443 --> 00:35:54,780 Pertempuran ini boleh berlarutan selama berhari-hari. 247 00:36:11,588 --> 00:36:15,300 Kawanan ini akan selamat selagi ia tak berpecah. 248 00:36:18,720 --> 00:36:21,974 Tapi nanuqsaur tidak berganjak… 249 00:36:24,184 --> 00:36:27,479 dan sekali-sekala, menguji kelemahan kawanan itu. 250 00:36:42,494 --> 00:36:45,581 Ribut salji ini membawa kepada pendamaian sementara. 251 00:37:07,352 --> 00:37:13,901 Tapi sebaik saja ribut reda, pertempuran diteruskan. 252 00:37:21,783 --> 00:37:23,744 Dalam pertempuran sengit ini, 253 00:37:24,453 --> 00:37:28,123 cuma satu haiwan saja yang perlu tersasar… 254 00:37:30,667 --> 00:37:33,837 bagi mencetuskan panik. 255 00:37:38,842 --> 00:37:42,513 Memandangkan kawanan sudah berpecah, peluang pemangsa terbuka. 256 00:37:54,858 --> 00:37:56,568 Pemburuan berterusan, 257 00:37:56,652 --> 00:38:00,489 dan seekor dinosaur tak dapat mengejar yang lain. 258 00:38:05,661 --> 00:38:11,500 Ia cuma mampu berpaling dan berdepan dengan penyerangnya. 259 00:38:33,647 --> 00:38:37,651 Seekor pachyrhinosaur telah tewas dalam pertempuran ini. 260 00:38:41,864 --> 00:38:44,950 Konflik berlarutan sepanjang musim ini. 261 00:38:50,122 --> 00:38:53,083 Kini, haiwan-haiwan di sini perlu hadapi musim sejuk berpanjangan 262 00:38:53,166 --> 00:38:58,714 sebelum matahari kembali dan membawa kehangatan buat hidupan luar biasa 263 00:39:00,215 --> 00:39:02,926 di dunia ais. 264 00:39:11,810 --> 00:39:13,770 Akan datang dalam Prehistoric Planet, 265 00:39:13,854 --> 00:39:17,983 dinosaur terbang sebesar zirafah memburu mangsa 266 00:39:18,066 --> 00:39:21,695 di antara pokok yang berselirat di hutan prasejarah. 267 00:39:22,988 --> 00:39:25,532 Di sebalik kanopi planet hijau ini, 268 00:39:25,616 --> 00:39:31,246 dinosaur menyerang hendap, memperaga dan merantau ke bawah tanah. 269 00:39:31,330 --> 00:39:34,416 Bagi melihat sains di sebalik kisah ini, 270 00:39:34,499 --> 00:39:38,921 layari laman web Prehistoric Planet sekarang. 271 00:41:06,967 --> 00:41:08,969 Terjemahan sari kata oleh Hamizah