1 00:00:11,678 --> 00:00:15,933 DIHOSKAN OLEH DAVID ATTENBOROUGH 2 00:00:16,517 --> 00:00:21,563 Antara haiwan paling mengagumkan yang pernah wujud, 3 00:00:22,105 --> 00:00:26,318 dan yang paling terkenal, tentulah dinosaur. 4 00:00:27,361 --> 00:00:29,613 Tyrannosaurus rex. 5 00:00:30,656 --> 00:00:35,202 Haiwan yang dapat mencetuskan imaginasi kita. 6 00:00:35,285 --> 00:00:38,247 Ia haiwan jenis apa? 7 00:00:38,330 --> 00:00:41,542 Bagaimana rupanya? Bagaimana ia hidup? 8 00:00:41,625 --> 00:00:45,587 Kini, kajian saintifik menjawab semua persoalan itu. 9 00:00:45,671 --> 00:00:47,923 Bukan tentang T. rex saja, 10 00:00:48,006 --> 00:00:51,343 malah spesies lain yang turut hidup bersamanya. 11 00:00:51,426 --> 00:00:58,016 Teknologi pengimejan terkini membolehkan kami mencipta semula haiwan ini. 12 00:01:01,937 --> 00:01:05,858 Bumi, 66 juta tahun lalu. 13 00:01:13,949 --> 00:01:17,494 Langit dipenuhi dinosaur berterbangan. 14 00:01:20,038 --> 00:01:24,084 Dalam laut, reptilia gergasi mengawasi dasar. 15 00:01:26,128 --> 00:01:29,256 Di darat pula, setiap jenis dinosaur 16 00:01:30,465 --> 00:01:33,218 bergelut untuk meneruskan hidup. 17 00:01:39,391 --> 00:01:45,689 Kini, kita tahu banyak perkara tentang dunia yang dikuasai dinosaur. 18 00:01:49,651 --> 00:01:52,196 Inilah kisah tentangnya. 19 00:02:05,042 --> 00:02:09,253 Pantai 20 00:02:09,338 --> 00:02:12,841 Kawasan pesisir selatan laut pedalaman luas 21 00:02:12,925 --> 00:02:14,927 yang membahagikan Amerika Utara. 22 00:02:23,268 --> 00:02:27,064 Serta kesan tapak kaki pemangsa terkemuka di darat. 23 00:02:32,569 --> 00:02:36,490 Seekor Tyrannosaurus rex sedang berenang. 24 00:02:39,826 --> 00:02:43,121 Tulang berongga dan berudara serta kaki belakang yang kuat 25 00:02:43,205 --> 00:02:46,375 membolehkan T. rex berenang. 26 00:02:52,381 --> 00:02:58,595 Ini T. rex jantan dewasa bersama anak-anaknya. 27 00:03:02,224 --> 00:03:06,436 Anak-anaknya sudah cukup dewasa untuk mengikutinya dalam perjalanan 28 00:03:06,937 --> 00:03:10,941 menuju ke salah satu pulau luar pesisir berdekatan pantai ini. 29 00:03:34,423 --> 00:03:38,802 Perjalanannya pendek, tapi masih berbahaya. 30 00:03:44,266 --> 00:03:45,684 Seekor mosasaur. 31 00:03:45,767 --> 00:03:49,938 Biawak laut gergasi, dua kali ganda lebih besar daripada tyrannosaur 32 00:03:50,022 --> 00:03:52,441 dengan berat melebihi 15 tan. 33 00:04:03,118 --> 00:04:05,579 Ia pemangsa terbesar di bumi. 34 00:04:13,754 --> 00:04:16,964 Biasanya, mosasaur memakan penyu. 35 00:04:19,301 --> 00:04:23,514 Tapi, kumpulan ini pun boleh diterima. 36 00:04:33,857 --> 00:04:36,527 Walaupun berada di dalam air, seekor T. rex dewasa 37 00:04:36,610 --> 00:04:39,279 masih mampu mempertahankan dirinya. 38 00:04:43,784 --> 00:04:45,869 Tapi, anak-anak tak boleh berpecah. 39 00:05:30,330 --> 00:05:33,959 Tyrannosaurus rex sering kehilangan sekurang-kurangnya dua pertiga 40 00:05:34,042 --> 00:05:38,172 daripada 15 atau lebih anak-anak dalam tahun pertama. 41 00:05:45,554 --> 00:05:48,182 Kini, cuma tinggal empat ekor. 42 00:05:57,733 --> 00:06:01,153 Pulau ini memberikan perlindungan dan makanan. 43 00:06:02,070 --> 00:06:05,782 Penyu gergasi seberat dua tan datang untuk bertelur di sini. 44 00:06:10,120 --> 00:06:12,789 Tapi, penyu ini yang menarik perhatiannya ke sini. 45 00:06:17,211 --> 00:06:21,131 Penyu itu sudah mati, dan tyrannosaur terhidu bau bangkainya. 46 00:06:32,976 --> 00:06:35,395 Jika tyrannosaur dapat terbalikkan penyu itu, 47 00:06:35,479 --> 00:06:39,066 ia akan dapat menikmati lebih 907.18 kilogram daging. 48 00:06:54,748 --> 00:06:58,544 T. rex mempunyai rahang yang paling kuat. 49 00:07:00,671 --> 00:07:04,466 Kekuatan daya gigitannya melebihi lima tan. 50 00:07:06,426 --> 00:07:11,974 Si anak mahu makan juga, tapi si bapa tak mahu berkongsi. 51 00:07:12,558 --> 00:07:15,477 Si anak perlu belajar memburu sendiri. 52 00:07:18,063 --> 00:07:21,108 Namun nampaknya, tiada banyak makanan di pantai ini. 53 00:07:27,531 --> 00:07:31,910 Tapi apabila malam semakin menjelma, keadaan mula berubah. 54 00:07:38,000 --> 00:07:43,463 Anak-anak penyu mula menetas keluar daripada pasir dan bergegas ke laut. 55 00:07:55,225 --> 00:07:59,229 Anak T. rex telah dibawa ke kawasan buruan yang menguntungkan. 56 00:08:06,069 --> 00:08:10,073 Anak penyu yang baru menetas amat sesuai buat anak T. rex. 57 00:08:18,999 --> 00:08:22,961 Perasaan ingin tahu mampu membuahkan hasil. 58 00:08:39,977 --> 00:08:42,397 Masih banyak yang perlu dipelajari. 59 00:08:55,619 --> 00:09:00,332 Makanan di sini cukup buat si bapa dan anak-anaknya. 60 00:09:09,633 --> 00:09:11,260 Jika gagal dapatkan makanan, 61 00:09:11,343 --> 00:09:14,721 ia boleh curi saja makanan adik-beradiknya. 62 00:09:35,742 --> 00:09:37,035 Di seluruh dunia, 63 00:09:37,119 --> 00:09:43,125 perairan cetek ini adalah seluas 40.2 juta kilometer persegi. 64 00:09:43,208 --> 00:09:46,128 Lebih luas daripada benua terbesar. 65 00:09:48,172 --> 00:09:50,966 Keluasan dan laut yang ada banyak sumber 66 00:09:51,049 --> 00:09:53,677 menjadikan lautan habitat yang amat penting. 67 00:09:59,892 --> 00:10:02,102 Setiap kali pasang surut, 68 00:10:02,186 --> 00:10:06,607 sumber makanan dari dasar muncul dan dinikmati pelbagai jenis hidupan. 69 00:10:09,359 --> 00:10:12,654 Sumber makanan amat banyak di Atlantik Utara, 70 00:10:12,738 --> 00:10:16,742 memandangkan sekumpulan besar ikan berenang menghampiri pesisir. 71 00:10:26,627 --> 00:10:32,341 Satu jenis haiwan boleh hidup di kawasan begini dan membentuk banyak koloni. 72 00:10:37,513 --> 00:10:40,557 Reptilia terbang. Pterosaur. 73 00:10:41,475 --> 00:10:46,355 Terdapat tujuh spesies berbeza di pantai di Afrika Utara. 74 00:10:49,149 --> 00:10:53,737 Ia datang ke sini untuk makan, berehat dan membesarkan anak-anak. 75 00:10:56,615 --> 00:11:00,410 Tethydraco sudah biasa menghabiskan masa di darat 76 00:11:00,494 --> 00:11:04,706 dan ia membina sarang di sini serta melindungi anak-anaknya. 77 00:11:09,962 --> 00:11:12,923 Anak-anaknya amat memerlukan perlindungan. 78 00:11:17,511 --> 00:11:20,556 Paruh Phosphatodraco seperti belati tajam. 79 00:11:28,063 --> 00:11:31,859 Pemangsa setinggi 274.32 sentimeter yang sering memerhatikan koloni ini, 80 00:11:31,942 --> 00:11:35,529 dan menanti peluang untuk menangkap seekor anak yang tidak dilindungi. 81 00:11:41,743 --> 00:11:45,914 Tapi, sesetengah pterosaur tak biasa hidup di darat. 82 00:11:45,998 --> 00:11:49,459 Ia memiliki strategi bertelur yang berbeza. 83 00:11:52,421 --> 00:11:56,592 Ia membina sarang di kawasan yang kurang menarik perhatian pemangsa. 84 00:11:57,968 --> 00:12:00,846 Cenuram terpencil sebegini amat sesuai. 85 00:12:03,432 --> 00:12:07,644 Telur pterosaur amat keras dan mudah kering, 86 00:12:07,728 --> 00:12:09,938 jadi ia perlu ditutup. 87 00:12:11,648 --> 00:12:15,861 Ada sesuatu di sebalik timbunan rumpai laut ini. 88 00:12:22,159 --> 00:12:25,829 Seekor anak Alcione yang kecil 89 00:12:25,913 --> 00:12:28,207 seberat kurang 57 gram. 90 00:12:34,004 --> 00:12:37,424 Si ibu tinggalkan telurnya di sini kira-kira dua bulan lalu. 91 00:12:51,522 --> 00:12:54,525 Ia memanggil sesama sendiri supaya semuanya menetas. 92 00:12:55,567 --> 00:12:58,070 Lebih banyak, lebih selamat. 93 00:13:02,574 --> 00:13:05,452 Gerak hati pertamanya ialah mendaki. 94 00:13:29,351 --> 00:13:33,272 Anak-anak daripada beratus-ratus sarang berkumpul di puncak cenuram 95 00:13:33,355 --> 00:13:35,607 dan bersedia untuk terbang buat kali pertama. 96 00:13:44,116 --> 00:13:46,368 Tapi sayapnya belum terbentuk. 97 00:13:47,619 --> 00:13:51,039 Tulang jari panjang yang menyokong membran sayapnya 98 00:13:51,123 --> 00:13:56,128 perlu diluruskan dan tercantum dahulu, dan ia mengambil masa beberapa jam. 99 00:13:59,047 --> 00:14:00,841 Tapi, ia tak boleh berlengah lagi. 100 00:14:08,307 --> 00:14:12,227 Tulangnya amat ringan, mengandungi sehingga 90 peratus udara 101 00:14:12,311 --> 00:14:15,772 dan memudahkannya untuk terbang. 102 00:14:18,609 --> 00:14:21,653 Namun, ia perlu berlatih dulu. 103 00:14:23,030 --> 00:14:25,991 Ia cuma ada satu peluang saja 104 00:14:26,074 --> 00:14:28,035 untuk cuba terbang. 105 00:14:35,626 --> 00:14:39,463 Tebing cenuram menghasilkan arus menaik yang membantu ia terbang. 106 00:14:39,546 --> 00:14:43,675 Jadi, mujurlah ia berkumpul di sini menghadap angin lazim 107 00:14:43,759 --> 00:14:45,886 dan terbang ke daratan. 108 00:14:49,348 --> 00:14:52,559 Tapi, tiada sesiapa yang sudah bersedia untuk terbang. 109 00:14:59,650 --> 00:15:04,863 Akhirnya, seekor anak Alcione melakukan langkah pertama untuk diikuti yang lain. 110 00:15:44,778 --> 00:15:47,447 Ia bukan menuju ke arah pantai dan koloni. 111 00:15:47,531 --> 00:15:52,035 Ia perlu pergi ke hutan awan yang terletak jauh dari situ. 112 00:16:00,752 --> 00:16:02,212 Barbaridactylus. 113 00:16:02,921 --> 00:16:06,884 Pterosaur pemangsa dan kuat yang biasa memakan ikan. 114 00:16:07,676 --> 00:16:10,637 Tapi, anak-anak Alcione ini tak boleh dilepaskan saja. 115 00:16:19,813 --> 00:16:24,902 Satu cara untuk menyelamatkan diri ialah rapatkan sayap dan menjunam. 116 00:16:32,034 --> 00:16:35,996 Tapi, terbang rendah akan menyukarkan perjalanannya ke hutan. 117 00:17:13,116 --> 00:17:15,368 Pendaratan cemas ke dalam koloni. 118 00:17:15,452 --> 00:17:18,497 Anak Alcione tak patut berada di sini tanpa perlindungan. 119 00:17:42,771 --> 00:17:46,608 Seekor anak Alcione daripada kumpulan pertama yang terselamat… 120 00:17:49,152 --> 00:17:51,446 masih meneruskan perjalanan ke destinasinya. 121 00:18:10,465 --> 00:18:11,717 Kawasan selamat. 122 00:18:14,553 --> 00:18:18,932 Antara anak Alcione yang banyak tadi, cuma sedikit yang berjaya sampai. 123 00:18:21,810 --> 00:18:22,978 Tapi baginya, 124 00:18:23,061 --> 00:18:28,275 hutan ini memberikan perlindungan dan makanan yang diperlukan anak pterosaur. 125 00:18:30,986 --> 00:18:34,406 Ia akan menetap di sini selama lima tahun. 126 00:18:35,616 --> 00:18:38,911 Selepas tempoh itu, ia sudah cukup besar untuk menyertai pterosaur dewasa 127 00:18:38,994 --> 00:18:41,872 menangkap ikan di laut terbuka. 128 00:18:52,424 --> 00:18:57,179 Sesetengah haiwan marin yang menangkap ikan di laut 129 00:18:57,262 --> 00:19:01,683 perlu datang ke pantai sekali-sekala atas satu sebab tertentu. 130 00:19:03,477 --> 00:19:07,648 Di perairan di benua tenggelam Zealandia, 131 00:19:07,731 --> 00:19:10,234 satu perjalanan panjang bakal berakhir. 132 00:19:11,401 --> 00:19:13,737 Ini tuarangisaur, 133 00:19:13,820 --> 00:19:17,658 sejenis reptilia marin besar sepanjang hampir sembilan meter. 134 00:19:24,873 --> 00:19:29,378 Tuarangisaur betina ini ditemani anaknya yang berumur sekitar enam bulan. 135 00:19:34,258 --> 00:19:38,220 Kebiasaannya, ia cuma melahirkan seekor anak setiap dua tahun atau lebih. 136 00:19:38,303 --> 00:19:39,930 Ia amat berisiko, 137 00:19:40,013 --> 00:19:44,101 dan ikatan antara si ibu dan anak adalah sangat penting. 138 00:19:55,070 --> 00:20:00,075 Ia membawa anaknya berenang jauh menuju ke satu teluk. 139 00:20:12,129 --> 00:20:13,547 Ia tak sendirian. 140 00:20:14,131 --> 00:20:17,843 Tuarangisaur datang ke sini dari serata Pasifik Selatan. 141 00:20:34,276 --> 00:20:39,990 Tuarangisaur jantan turut berkumpul di sini untuk mencari pasangan. 142 00:20:46,872 --> 00:20:51,585 Tapi buat masa ini, keutamaan tuarangisaur betina bukan mengawan. 143 00:20:56,465 --> 00:21:00,552 Teluk ini memiliki sesuatu yang tiada di teluk lain. 144 00:21:17,194 --> 00:21:22,157 Batu yang licin, keras dan bulat. 145 00:21:24,701 --> 00:21:29,289 Ia menghaus akibat pergerakan air sungai, tapi sukar ditemui. 146 00:21:36,505 --> 00:21:40,008 Namun di dasar air terjun ini, 147 00:21:40,092 --> 00:21:41,593 ada banyak batu sebegitu. 148 00:21:41,677 --> 00:21:44,179 Tuarangisaur boleh memilih. 149 00:21:49,977 --> 00:21:52,271 Kemudian, ia melakukan sesuatu yang amat mengagumkan. 150 00:21:52,938 --> 00:21:54,273 Ia menelan batu itu. 151 00:21:56,149 --> 00:22:01,697 Batu itu berfungsi sebagai pemberat dan hempedal. 152 00:22:01,780 --> 00:22:05,576 Gastrolitos yang akan kekal dalam perutnya 153 00:22:05,659 --> 00:22:07,995 untuk menghancurkan makanan yang tidak dikunyah. 154 00:22:16,295 --> 00:22:17,546 Bagi si anak, 155 00:22:17,629 --> 00:22:21,300 bukan mudah mempelajari cara menelan batu buat kali pertama. 156 00:22:22,342 --> 00:22:24,386 Ia perlu berlatih. 157 00:22:27,347 --> 00:22:32,978 Namun, itulah peluang bagi si ibu mencari tuarangisaur jantan yang sesuai. 158 00:23:13,894 --> 00:23:17,272 Akhirnya, si anak berjaya. 159 00:23:22,611 --> 00:23:25,155 Kini, ia akan menelan sebanyak mungkin batu. 160 00:23:25,239 --> 00:23:29,284 Setelah dewasa nanti, ia akan kembali untuk telan lebih banyak lagi. 161 00:23:35,874 --> 00:23:39,002 Kini, keluarga ini perlu tinggalkan pantai 162 00:23:39,086 --> 00:23:41,338 dan kembali mencari makanan di laut. 163 00:23:41,421 --> 00:23:43,799 Bagi anak tuarangisaur, 164 00:23:43,882 --> 00:23:47,427 itu langkah penting ke arah kedewasaan. 165 00:23:58,438 --> 00:23:59,731 Di Eropah selatan, 166 00:23:59,815 --> 00:24:02,693 di kawasan pertembungan Lautan Atlantik dan Laut Tethys yang luas, 167 00:24:02,776 --> 00:24:06,613 terdapat banyak jenis hidupan laut. 168 00:24:08,991 --> 00:24:13,328 Paras laut yang semakin meningkat menandakan ada banyak pulau tenggelam 169 00:24:13,412 --> 00:24:16,832 yang dipenuhi bunga karang, kerangan dan karang. 170 00:24:26,967 --> 00:24:31,221 Karang menggunakan cahaya matahari di kawasan cetek 171 00:24:31,305 --> 00:24:35,225 dan bergabung dengan alga yang tumbuh di dalam tisunya. 172 00:24:43,901 --> 00:24:48,530 Ia mengumpul zarah makanan kecil yang terapung dalam arus lautan. 173 00:25:05,088 --> 00:25:09,551 Pelbagai jenis hidupan marin menyelaputi batu keras. 174 00:25:14,348 --> 00:25:18,352 Tapi mengejutkan, ada satu batu yang nampak kosong. 175 00:25:21,522 --> 00:25:25,526 Di seberangnya, ialah cenuram curam dan laut dalam, 176 00:25:25,609 --> 00:25:28,237 habitat pemangsa laut… 177 00:25:43,877 --> 00:25:47,506 dan bahaya buat ikan terumbu yang lalai. 178 00:26:14,616 --> 00:26:18,996 Tapi, ikan pycnodont ini tidak takut. 179 00:26:20,289 --> 00:26:24,710 Ini mosasaur Hoffman, pemangsa paling menggerunkan di laut. 180 00:26:25,294 --> 00:26:29,173 Tapi, ia datang bukan untuk cari makanan, tapi untuk dibersihkan. 181 00:26:34,845 --> 00:26:40,475 Mosasaur ialah biawak gergasi dan memiliki lidah bercabang 182 00:26:40,559 --> 00:26:44,396 dan kulit berwarna-warni apabila musim mengawan. 183 00:26:47,065 --> 00:26:50,569 Kini, ia perlu bersalin kulit. 184 00:27:02,372 --> 00:27:04,333 Untuk kelihatan menawan, 185 00:27:04,416 --> 00:27:08,045 seluruh badan perlulah bersih. 186 00:27:18,931 --> 00:27:23,352 Ikan dan udang halus memakan sisik yang tertanggal. 187 00:27:39,159 --> 00:27:43,789 Dengan muncul di permukaan, biawak laut yang memerlukan udara ini 188 00:27:43,872 --> 00:27:46,083 dapat memenuhkan paru-parunya 189 00:27:47,417 --> 00:27:49,795 dan berehat. 190 00:28:06,895 --> 00:28:08,105 Pesaing. 191 00:28:08,188 --> 00:28:10,899 Seekor mosasaur jantan muda mahu merampas kawasan ini. 192 00:28:37,092 --> 00:28:40,637 Mosasaur jantan dewasa lebih berat, iaitu lebih 15 tan. 193 00:28:40,721 --> 00:28:43,140 Tapi pesaingnya lebih lincah. 194 00:28:56,612 --> 00:29:01,200 Memandangkan kedua-dua sama hebat, pertarungan boleh membawa maut. 195 00:29:03,577 --> 00:29:07,456 Ada mosasaur yang ditemui dengan gigi hancur pesaing 196 00:29:07,539 --> 00:29:09,333 tertanam dalam tengkoraknya. 197 00:29:16,465 --> 00:29:18,550 Mosasaur jantan dewasa curi-curi ambil nafas. 198 00:29:26,558 --> 00:29:28,894 Kini, ia ada kelebihan. 199 00:29:34,024 --> 00:29:37,444 Ia dapat melemaskan pesaingnya dengan mengheretnya ke bawah. 200 00:30:24,283 --> 00:30:26,827 Mosasaur jantan dewasa berjaya. 201 00:30:27,661 --> 00:30:31,915 Buat masa ini, ia masih memiliki kawasan terumbu ini. 202 00:30:40,174 --> 00:30:44,928 Bulan sabit di pantai di Amerika Utara. 203 00:30:49,641 --> 00:30:56,064 Malam yang tenang dan gelap ini mencetuskan peristiwa unik dan indah. 204 00:31:04,740 --> 00:31:08,785 Malam ini, ada cahaya walaupun di dalam laut. 205 00:31:21,798 --> 00:31:25,844 Amonit bersinar muncul dari dasar laut. 206 00:31:34,770 --> 00:31:38,899 Amonit ialah moluska yang sejenis dengan kurita dan cumi-cumi. 207 00:31:39,608 --> 00:31:43,904 Saiz scaphitid ini sama besar seperti tangan manusia. 208 00:31:52,120 --> 00:31:55,874 Selama berminggu-minggu, ia berkumpul di dasar laut. 209 00:32:02,339 --> 00:32:06,802 Di dasar, cahaya ini dapat mengumpan plankton untuk dimakan. 210 00:32:07,511 --> 00:32:10,973 Tapi malam ini, cahaya itu ada fungsi berbeza. 211 00:32:13,600 --> 00:32:17,062 Ia muncul ke permukaan untuk mengawan. 212 00:32:17,145 --> 00:32:21,108 Tak lama kemudian, ada beribu-ribu ekor di setiap gosong. 213 00:32:34,288 --> 00:32:39,710 Setiap satu saling bergesel dan menghasilkan biopendarcahaya. 214 00:32:49,052 --> 00:32:51,680 Sistem sarafnya amat rumit, 215 00:32:51,763 --> 00:32:55,225 ia mengawal sel yang menghasilkan cahaya iaitu, photocyte. 216 00:33:04,193 --> 00:33:09,072 Si jantan bersesak merapati si betina yang lebih besar. 217 00:33:10,616 --> 00:33:16,580 Berdasarkan rupa si jantan, menunjukkan pasangan yang paling sesuai dan terbaik. 218 00:33:21,460 --> 00:33:25,923 Sebaik saja bersatu, kedua-duanya menyeragamkan cahaya. 219 00:33:32,554 --> 00:33:37,017 Jika si jantan tak dapat ikut rentak si betina, ia akan ditolak. 220 00:33:42,105 --> 00:33:44,316 Tapi, ia amat seragam. 221 00:33:47,694 --> 00:33:51,949 Kini, kedua-duanya akan bertelur dan menghasilkan generasi seterusnya. 222 00:33:57,412 --> 00:33:58,997 Selepas persenyawaan, 223 00:33:59,081 --> 00:34:02,668 si betina berenang ke kawasan cetek untuk melepaskan telur. 224 00:34:11,552 --> 00:34:13,679 Seperti kebanyakan sefalopod yang lain, 225 00:34:13,762 --> 00:34:17,181 bertelur ialah usaha terakhir dalam kehidupan pendeknya. 226 00:34:22,813 --> 00:34:27,067 Menjelang pagi, cahaya ini akan terpadam dan mati. 227 00:34:37,452 --> 00:34:41,456 Malam ajaib ini bakal menjadi malam terakhirnya. 228 00:34:54,553 --> 00:34:58,932 Di seluruh dunia, pantai menawarkan tempat yang sesuai 229 00:34:59,016 --> 00:35:04,855 buat haiwan untuk mengawan, membesarkan anak dan mencari makanan. 230 00:35:11,945 --> 00:35:14,406 Kembali ke perairan cetek di Zealandia, 231 00:35:15,324 --> 00:35:19,119 sekumpulan besar tuarangisaur bersatu. 232 00:35:33,967 --> 00:35:39,515 Ia menggerakkan diri menggunakan keempat-empat insang dan berenang 233 00:35:39,598 --> 00:35:42,976 untuk mencari sekumpulan ikan yang datang ke sini setiap musim panas. 234 00:35:44,895 --> 00:35:47,814 Kadangkala, tuarangisaur muncul di permukaan untuk bernafas 235 00:35:47,898 --> 00:35:51,235 sebelum meneruskan perjalanan dalam air. 236 00:36:00,035 --> 00:36:04,414 Tapi, seekor tuarangisaur betina tidak berenang seperti kebiasaan. 237 00:36:05,666 --> 00:36:10,879 Ia dan anaknya yang berumur dua tahun ketinggalan daripada ahli lain. 238 00:36:14,800 --> 00:36:17,636 Ia bergerak perlahan. 239 00:36:20,055 --> 00:36:23,183 Kejanggalan itu disedari. 240 00:36:26,353 --> 00:36:29,982 Pemburu berbahaya, Kaikaifilu. 241 00:36:35,821 --> 00:36:39,950 Tuarangisaur betina yang terkejut, kini menjadi sasaran. 242 00:36:43,662 --> 00:36:47,332 Ia mungkin dapat melindungi diri jika berenang lebih dalam. 243 00:36:53,172 --> 00:36:57,718 Bagi si anak, taktik mengalihkan perhatian mosasaur ini amat berbahaya. 244 00:36:59,636 --> 00:37:01,805 Tapi si ibu sempat menyelamatkan diri. 245 00:37:07,269 --> 00:37:10,731 Si ibu dan anak itu tidak bersendirian. 246 00:37:21,491 --> 00:37:23,952 Kesemuanya mungkin bersaudara, 247 00:37:24,036 --> 00:37:28,624 dan ia menghalau Kaikaifilu ini. 248 00:37:53,148 --> 00:37:57,694 Inilah punca kelewatan tuarangisaur betina tadi. 249 00:37:58,737 --> 00:38:00,280 Ia bunting. 250 00:38:24,847 --> 00:38:28,600 Kini, setelah bunting selama setahun setengah, 251 00:38:29,476 --> 00:38:30,769 anaknya lahir. 252 00:38:36,859 --> 00:38:41,697 Ia sepanjang lebih tiga meter, hampir mencapai separuh kepanjangan ibunya. 253 00:38:42,364 --> 00:38:45,617 Antara anak yang paling besar yang pernah wujud. 254 00:38:53,667 --> 00:38:58,547 Ia perlu ke permukaan untuk mengambil nafas pertama. 255 00:39:19,776 --> 00:39:24,156 Anak tuarangisaur ini dapat hidup selama 80 tahun. 256 00:39:26,200 --> 00:39:28,911 Kini, dengan bantuan ahli keluarga, 257 00:39:28,994 --> 00:39:31,997 ia dapat menjadi pemangsa… 258 00:39:35,083 --> 00:39:37,961 di salah satu habitat paling banyak sumber makanan di Bumi, 259 00:39:39,087 --> 00:39:44,009 iaitu laut di sekitar pantai planet prasejarah kita. 260 00:39:59,233 --> 00:40:01,777 Akan datang dalam Prehistoric Planet, 261 00:40:01,860 --> 00:40:07,241 dinosaur gergasi bergelut mendapatkan pasangan di gurun yang terik. 262 00:40:08,200 --> 00:40:09,618 Di serata dunia, 263 00:40:09,701 --> 00:40:14,540 pakar-pakar hebat perlu gunakan setiap cara untuk teruskan hidup 264 00:40:14,623 --> 00:40:17,835 di tempat paling mencabar di Bumi. 265 00:40:18,836 --> 00:40:21,880 Bagi melihat sains di sebalik kisah ini, 266 00:40:21,964 --> 00:40:26,426 layari laman web Prehistoric Planet sekarang. 267 00:41:54,473 --> 00:41:56,475 Terjemahan sari kata oleh Hamizah